Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara [TERKINI]


Peperiksaan online pegawai kawalan trafik udara agak dikerap pengambilan dilakukan. Ianya pengambilan khas untuk DCA. Pegawai kawalan trafik merupakan antara jawatan penting dalam mengawal trafik untuk kapal terbang di seluruh lapangan terbang di Malaysia. Ia merupakan satu tugas yang penting dalam mengawal selia ruang udara negara kita.

pegawai kawalan trafik udara

Online untuk jawatan ini akan berlangsung pada 3 oktober 2017 ini melibatkan 2 gred iaitu A41 dan juga A29 secara serentak. Berdasarkan iklan SPA yang diterbitkan sebelum ini, jumlah kekosongan adalah seramai 40 orang untuk jawatan gred A41 dan 40 untuk jawatan gred A29. Jadi 80 orang akan dicari oleh SPA untuk mengisi kekosongan jawatan ini.

Format Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara

Ini adalah format yang ditetapkan bagi exam online pegawai kawalan trafik udara pada kali ini. Hanya 2 seksyen yang terlibat dalam pepeperiksan kali ini. Bagi mereka yang tidak pernah menghadapi peperiksaan online SPA, saya sarankan untuk anda bersedia awal pada hari peperiksaan berkenaan. Apa yang perlu anda pastikan:

  1. Komputer anda beroperasi dengan baik. Jangan juga telefon pintar kerana skrinnya yang kecil. Kalau ada tablet, ia mungkin boleh digunakan. Namun saya sarankan mengunakan komputer atau laptop anda. Anda mungkin memerlukan untuk membuka browser lain untuk mencari maklumat. Ia sukar dengan tablet mahupun telefon pintar.
  2. Talian internet dengan data yang mencukupi. Jika anda mempunyai data internet yang terhad. Topup secukupnya untuk menghadapi peperiksaan ini.
  3. Rujukan yang berkenaan. Anda perlu buat persediaan awal. Jangan last minit baru nak buat ulangkaji. Apa yang boleh kami bantu ialah berikan contoh soalan format peperiksaan SPA. Ia bukan soalan bocor. Rujukan untuk membiasakan diri dengan format soalan SPA. Soalan SPA adalah rahsia. Jika anda cari soalan bocor, lupakan sahaja.

Seksyen A:

Tempoh: 40 minit

Jumlah Soalan: 50 soalan

Markah: 30

Pengetahuan Am

Ia adalah untuk menguji pengetahuan anda berkenaan dengan isu semasa dan topik topik tertentu dalam Malaysia dan luar negara. Anda juga perlu tahu inisiatif yang telah dilakukan oleh kerajaan seperti BR1M, KR1M,NBOS dan banyak lagi. Memang banyak yang perlu anda tahu.

Penerangan Format

Dalam seksyen ini, anda dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan semasa didalam dan luar negara.

Contoh Soalan:

[Ini adalah Contoh Soalan, BUKAN SOALAN RAMALAN atau SOALAN BOCOR]

Skop yang sering ditanya dalam peperiksaan SPA adalah seperti berikut. Anda perlu membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan kali ini.

Jangan jangka soalan direct sebab inilah cara SPA menguji calon peperiksaan mereka. Kebanyakan soalan dalam bentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berdasarkan model pembelajaran sekolah pada hari ini.

1. Konsep pengasingan kuasa

  • Pentadbiran
  • Perundangan
  • Kehakiman

2. Perlembagaan

  • Definisi perlembagaan – Undang-undang tertinggi sesebuah negara serta menjadi asas rujukan undang-undang lain.
  • Jenis perlembagaan – Perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri (Undang-undang tubuh negeri).
  • Perlembagaan persekutuan – 183 perkara yang terbahagi kepada 15 bahagian. Digubal pada 1956 oleh Suruhanjaya Reid.
  • Peruntukan utama Perlembagaan Persekutuan:
    1) Kebebasan Asasi
    2) Kewarganegaraan
    3) Sistem pemerintahan
    3. Sistem Pentadbiran di Malaysia
  • Kerajaan Persekutuan (YdPA, Majlis Raja-Raja, Badan Perundangan, Badan Eksekutif, Badan Kehakiman, etc.)
  • Kerajaan Negeri (Sultan/YdPNegeri, Menteri Besar/Ketua Menteri, Dewan Negeri, etc.)
  • Pihak Berkuasa Tempatan

4. Konsep dan contoh:

  • Kementerian
  • Jabatan
  • Suruhanjaya
  • Badan berkanun & Badan tidak Berkanun
  • Majlis-Majlis

5. Sistem Kabinet atau Jemaah Menteri

  • Organisasi utama yang menjalankan tugasan Badan Eksekutif Kerajaan Malaysia
  • Fungsi kabinet – Cth: Bentuk dan gubal dasar kerajaan
  • Ahli kabinet – Diketuai oleh Perdana Menteri
  • Mesyuarat kabinet – biasanya bersidang setiap hari Rabu iaitu seminggu sekali. Sekarang hari Jumaat.

6. Undang-undang di Malaysia

  • Jenis undang-undang di Malaysia – Undang-undang bertulis (Perlembagaan) dan undang-undang tidak bertulis (Undang-undang Adat)
  • Perlembagaan
  • Statut – Akta, Ordinan dan Enakmen
  • Perundangan Kecil
  • Perlembagaan Negeri

7. Badan Perundangan

  • Parlimen (YdPA, Dewan Rakyat dan Dewan Negara)
  • Dewan Negeri (YdPNegeri, Dewan Negeri)
  • Proses penggubalan dan kelulusan Rang Undang-Undang

8. Kehakiman di Malaysia

  • Fungsi Mahkamah
  • Jenis Mahkamah ( Mahkamah Awam, Mahkamah Khas, Mahkamah Syariah, Mahkamah-mahkamah khas, badan pengadilan yang lain)
  • Atur cara sivil dan jenayah

9. Dasar Dalam Negara

  • Dasar Pembangunan Ekonomi Negara – Cth: Rancangan Malaysia, GTP, NBOS

10. Dasar Luar Negara

  • ASEAN
  • PBB
  • NAM
  • OIC
  • APEC

11. Isu Semasa

  • Konsep 1Malaysia
  • Isu Rasuah
  • GST
…Banyak lagi…

>>Klik Sini Untuk WAITING LIST RUJUKAN PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA

Seksyen B: 

Tempoh: 45 minit

Jumlah Soalan: 40 soalan

Markah: 30

Daya Menyelesaikan Masalah

Ia adalah untuk menguji anda tentang kemahiran yang anda pelajari ketika SPM. Ia mungkin terdiri daripada soalan matematik, mantik, algoritma, logik dan banyak lagi. Anda perlu belek kembali buka semasa SPM jika masih ada cuma sekarang sudah berbeza kerana KBAT sudah dilaksanakan dalam pembelajaran di sekolah.

Penerangan Format

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.

(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.

Contoh Soalan

(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif.

[Ini adalah Contoh Soalan, BUKAN SOALAN RAMALAN atau SOALAN BOCOR]

Diatas adalah antara contoh soalan yang sering ditanya dalam peperiksaan online SPA. Soalan yang cenderung kepada pengetahuan mengenai jawatan yang berkenaan juga akan ditanya contohnya pengiraan kelajuan pesawat, koordinat dan sebagainya.

Bagaimana untuk mendapatkan rujukan ini? Adakah ia dijual dikedai?

Rujukan ini hanya dijual secara online dan tidak dijual di kedai. Ia dalam bentuk ebuku iaitu fail PDF yang boleh anda download daripada laman web kami. Ia adalah untuk membantu persediaan awal anda untuk menghadapi peperiksaan nanti. Ia bukan soalan bocor spa atau soalan ramalan.

Anda akan menerima akses untuk download setelah bayaran anda disahkan oleh tim Jualan kami. Anda akan menerima dalam masa 24 jam.

Semua nota ini adalah dalam bentuk ringkasan khas untuk membantu ulangkaji dalam masa yang singkat. Jadi jangan risau anda terlambat. Cuma jualan ini dibuka terhad dalam tempoh 3-5 hari sahaja. Sebaiknya ditutup, anda tidak berpeluang lagi. Jadi beli dengan segera apabila sudah dibuka nanti.

Jaminan Wang Dipulangkan Jika Tidak Membantu Dalam Peperiksaan Anda

Rujukan daripada Inforkerjaya telah membantu puluhan ribu calon peperiksaan SPA sejak tahun 2006 iaitu 11 tahun di pasaran dengan kemaskini terbaru berdasarkan format terkini SPA.

Anda juga mendapat kemaskini percuma selama 3 tahun jika terdapat lagi peperiksaan yang sama dalam masa 3 tahun daripada sekarang. Klik sini untuk waiting list Pegawai Kawalan Trafik Udara.

 

Anda Sedang Mencari Tentang:

  • contoh soalan online pegawai kawalan trafik udara
  • apa yang perlu tahu untuk leperiksaan online pegawai trafik udara

Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kepada Orang Lain Juga...
Download Rujukan Pegawai Kawalan Trafik Udara
Masukkan nama dan emel anda disebelah.

Add Comment