Pakej Rujukan Peperiksaan Online Akauntan WA41


Peperiksaan Online Akauntan WA41

Kali terakhir SPA mengadakan peperiksaan untuk jawatan Akauntan ialah pada tahun 2014. Kali ini peperiksaan diadakan secara online. Malah gred juga telah berubah daripada W41 kepada WA41. Ia adalah untuk membezakan jawatan yang ada kerana akauntan sebelum ini berkongsi dengan gred yang sama dengan jawatan kastam.

peperiksaan online akauntan

Peperiksaan Online Akauntan WA41

Kali ini merupakan kali pertama jawatan ini dilakukan secara online. Namun bagi jawatan lain, ia sudah lama dilaksanakan. Dengan peperiksaan online SPA dapat mengurangkan kos melaksanakan peperiksaan kerana tidak perlu menyediakan dewan dan juga penjaga untuk mengawasi peperiksaan berjalan.

Format Peperiksaan Online Akauntan 

Dalam peperiksaan online kini mengandungi 2 seksyen sahaja iaitu pengetahuan am dan juga daya penyelesaian masalah. Bagi pengetahuan am, anda perlu tahu isu semasa yang berlaku 4 bulan lepas ke bawah daripada tarikh peperiksaan anda.

 

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING
Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik. Calon-calon sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini. Antara perkara yang kerap ditanya ialah berkenaan GTP, NKRA dan banyak lagi.

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Calon boleh mengunakan graf, jadual dan sebagainya  agar mudah untuk calon memberi jawapan.

(iii) Konsep-konsep Matematik
Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

Masa sudah suntuk untuk membuat persediaan. Jalan pintas ialah dengan mendapatkan rujukan yang telah disiapkan untuk anda termasuk nota-nota dan juga contoh soalan peperiksaan SPA.

Klik Sini Untuk Mendapatkan Rujukan Peperiksaan Online Akauntan Anda

Jualan rujukan ini dibuka dalam tempoh masa yang terhad sahaja. Dapatkan segera sebelum ianya ditutup jualan dan anda tiada rujukan untuk membuat persediaan awal untuk exam anda.

Boleh masukkan emel dan nama anda diborang dibawah untuk mendapatkan notifikasi berkenaan dengan jawatan akauntan ini.

 

Anda Sedang Mencari Tentang:

  • peperiksaan online akauntan wa41
  • tips peperiksaan online spa akauntan wa41

Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kepada Orang Lain Juga...
Dapatkan Tips Peperiksaan Akauntan WA41
Masukkan Nama dan Emel Anda.

Add Comment