Masalah Dalam Peperiksaan Online SPA? Ada saluran Aduan Untuk Anda


Masalah Dalam Peperiksaan Online SPA ? Dalam peperiksaan online SPA seringkali terjadi dimana ada calon yang mempunyai masalah seperti soalan tidak loading, tidak boleh akses sistem exam dan banyak lagi. Ia merupakan satu kerugian jika ini berterusan. Namun, sebenarnya anda melaporkan segala permasalahan yang berlaku menerusi saluran yang diwujudkan oleh SPA untuk memperbaiki sistem mereka.

Masalah Dalam Peperiksaan Online SPA, Buat Aduan Segera

Aduan Menerusi Telefon

Walaupun ada kalanya aduan ini sukar didapati jika berlaku masalah besar ketika exam seperti ramai calon tidak dapat akses sistem peperiksaaan online SPA. Untuk aduan menerusi telefon anda boleh melakukannya ke nombor ini:

03-8880 6468
03-8880 6405
03-8885 6347
03-8885 6303
03-8885 6344

Anda boleh mengunakan talian diatas untuk membuat aduan mengenai masalah yang anda hadapi ketika peperiksaan.

Aduan Menerusi Laman Web

Cara kedua untuk anda membuat aduan tentang masalah exam online spa dengan cara membuat aduan menerusi sistem aduan online SPA. Anda boleh layari

>> http://aduan.spa.gov.my/aduanv2/

Anda boleh mengisi maklumat peribadi dan nyatakan masalah yang dihadapi oleh anda. Jika ramai yang membuat aduan, ada peluang untuk diadakan peperiksaan semula bagi calon yang menghadapi masalah ketika exam online ini.

Masalah-Dalam-Peperiksaan-Online-SPA

Yang penting ialah anda membuat aduan. Jangan biarkan masalah ini tanpa aduan. Dengan adanya aduan, ia menjadi satu rekod buat SPA membuat penambahbaikan terhadap sistem peperiksaan yang dimulakan 2 tahun lepas.

Sememangnya sistem peperiksaan online spa. Namun tidak semua calon mengalami masalah sama kerana ketika peperiksaan online SPA mengunakan banyak server untuk mengunakan beban terhadap server yang dibangunkan oleh mereka. Server ini ditempatkan di seluruh Malaysia dan calon berdekatan akan mendapat akses daripada sistem yang diletakkan di server yang paling hampir dengan mereka.

Jika anda mempunyai masalah, buat aduan untuk memberitahu kepada SPA untuk mereka selesaikan. Jika banyak aduan diterima, peperiksaan semula akan dilakukan. Jadi anda masih berpeluang untuk mengulangi semula peperiksaan online anda.

Tuntut hak anda untuk mendapatkan peluang exam yang adil. Jika disebabkan masalah SPA, dapatkan kembali hak anda untuk mengulangi semula. Namun, peperiksaan ulangan hanya dilakukan jika terdapat ramai yang membuat aduan mengenai masalah yang sama.

Buat aduan jika peperiksaan online anda bermasalah.

Anda Sedang Mencari Tentang:

  • soalan spa 2017
  • peperiksaan spa separa perubatan menghadapi masaalah

Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kepada Orang Lain Juga...

One Response

  1. admin December 5, 2016

Add Comment